Monday, July 20, 2009

BANTUAN YANG DI PERLUKAN

Pada awanya pihak sukarwlawan kami beroperasi secara sukare dengan berkhidmat kepada mana-mana rumah kebajikan, asrama-asrama pemulihan akhlak,Pusat-pusat latihan remaja bermasalah dan juga badan-badan kebajikan seperti AADK< PUSAT SERENTI serta JKKK (Jawatankuasa Kecil Kanak-kanak/Juvana) di bawah JKM di merata negeri di Malaysia termasuk di Labuan,Sabah dan Sarawak.
Akhirnya tercetuslah idea untuk menubuhkan sendiri sebuah Pusat Kebajikan kerana walau pun ada banyak rumah-rumah kebajikan di Malaysia ini tetap bukan semuanya memenuhi dasar dan objektif seperti yang kami hasratkan.Bahkan ada juga rumah-rumah amal dan yayasan yang bersifat komersia semata-mata.
Oleh kerana kemampuan yang terhad buat masa ini, pihak kami menjemput dan mengalu-alukan semua pihak agar turut terlibat dalam bersama-sama menjayakan hasrat murni ini, samada secara langsung atau tidak.

Antara keperluan-keperluan ialah seperti berikut :

1. PENEMPATAN YANG MENCUKUPI UNTUK SETIAP GOLONGAN

Pihak kami sedang di dalam proses perpindahan secara bertahap untuk membawa anak-anak dan penghuni Rumah amal ini ke penempatan sekarang iaitu di Kota Warisan.Buat masa ini sebahagian mereka berada di sekitar Kedah dan Selangor kerana mereka perlu ditempatkan di kawasan-kawasan yang sesuai dengan proses penjagaan , pendidikan dan pembentukan jiwa mereka. Kota Warisan di pilih kerana lokasinya yang tenang dan jauh sedikit dari suasana ibukota yang mencabar.Lokasi tempat adalah juga eleman yang penting di dalam proses pendidikan mereka.

2. PERBELANJAAN BULANAN YANG MENCUKUPI

Perbelanjaan termasuk kos makan minum, pengangkutan, pendidikan,rawatan kesihatan, panjagaan yang sempurna (pampers,ubat-ubatan), sewaan premis, bil-bil telefon dan utiliti, kos pengurusan pejabat, promosi,saguhati petugas,wang saku ke sekolah dan kos-kos sampingan seperti peralatan dan kelengkapan prasarana.Anggaran kos keseluruhan adalah sebanyak RM 50,000 sebulan.

1 comment: